Top Ad unit 728 × 90

Berita Tergempar

recent

Percutian ke Bandung, Indonesia

Salam cuti-cuti Malaysia

Actually nk buat entri ni dah lama tapi tak berkesempatan plak sebab abi agak busy lepas balik dari bandung aritu. Abi ni tak berapa minat nk taip panjang-panjang. Kalo boleh nk citer dalam satu entri je. hehe

Citer nye macam ni. Ntah bulan bila dlm 2014, cik long aka kakak ipar ajak g bandung sebab tiket murah. Air asia buat promo. Abi tak berapa sure pasal promo tu, asal ummi kata on, abi on 😉

Nak dijadikan citer, kami beli tiket awal setahun kot. Ntah lebih kurang la. Pengembaraan kami bermula bulan April 2015. Percutian ni 5 hari 4 malam. Untuk pengetahuan, ni first time abi fly keluar dari Malaysia. Sama la ummi dan anak2 so ade sedikit excited.

Kami bertolak ke KLIA2 dalam pukul 5 pagi camtu. Katanya kena ada kat airport awal beberapa jam sebelum departure. Flight kami pukul 930 rasanya. Penerbangan ke Bandung tak jauh sangat. Ada la dalam 2 jam 15 minit. Di Bandung, waktu dikatakan 1 jam lebih lewat dari Malaysia.

Setibanya di Bandung, cuaca agak cerah dan sedikit sejuk. Kami mendarat di lapangan terbang apa ntah. Di airport ni, keadaan tak begitu sibuk. Mungkin sebab masih awal. Kami tunggu bapak supir untuk jemput. Keluar je dari lapangan terbang tu, dah ade orang (bapak supir) pegang kertas tertulis nama salah sorang dari kami.

Disebabkan percutian ni melibatkan 12 orang, kami menyewa sebuah van besar. Apa ntah nama dia tapi ok selesa. Muat barang-barang dan penumpang. Dari airport ke hotel tak jauh. Kalau nak di ikutkan perjalanan just 10 minit je tapi diasebabkan jalan di Bandung superb hactic,  amik la masa dalam 15-20 minit. Itu pun supir ni kira terer gila drive.

Hotel yang kami stay tu nama dia Golden Flower. Hotel dia cantik, dari luar sampai ke dalam memang view dia lawa. Tak tau berapa bintang untuk hotel ni. Yang penting ia cantik dan selesa.
Percutian ke Bandung, Indonesia Reviewed by Amir Arshad on 10:07 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Bismillah..
    Assalam / Salam sejahtera Tuan,puan,abang dan kakak.
    Perkenalkan kami team Best Tour Bandung, Kami ada menyediakan perkhidmatan
    Supir / harga pakej bercuti ke bandung.

    Pakej bercuti
    Pakej transport dan Hotel Rm 330\pax
    Kereta jenis
    Aanza (1-4seat)
    Xenia (1-4seat)
    APV (1-5seat)
    Luxio (1-6seat)
    Van Elf (Long 1-18seat)
    Hiace (1-15seat)
    Bus Medium (30seat)
    Bus Full Seat (59seat)
    Mnimal 5org - 59orang lebih

    Paket all in full ground
    Transport + Hotel + makan siang dan malam + tiket masuk lawatan Rm 700\Pax
    Kereta jenis
    Aanza (1-4seat)
    Xenia (1-4seat)
    APV (1-5seat)
    Luxio (1-6seat)
    Van Elf (Long 1-18seat)
    Hiace (1-15seat)
    Bus Medium (30seat)
    Bus Full Seat (59seat)

    Harga yang kami tawarkan pun boleh kira jimat sangat dan berbaloi.
    Bila berminat boleh berurusan dengan saya melalui :
    Armada kami siap hantar tuan/puan untuk menikmati cantik nya kota bandung,dengan harga jimat, sila hubungi whatsapp kami
    WhatsApp : https://wa.me/+6281324836054 ( Nabila )
    FB Syarikat : Punaza Besttour
    Fanspage : Best City Tour & Travel Bandung
    Email : Sapsudin.besttour@gmail.com
    Blog : http://sewakeretamurahmelancong.blogspot.co.id/

    Note : Walaupun promote saya kurang manis dalam perkataan nya, tetapi saya dan team sudah berpengalaman dalam memberikan kepuasan percutian di bandung.
    Semoga informasi yang saya berikan dapat memudahkan urusan anda untuk bercuti ke bandung.
    Terima kasih

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Bercuti Bersama © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed By Sweetheme, Composed By Abi Stalker

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pengembaraan-Kami. Powered by Blogger.