Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ni abi nak cerita pengembaraan kami ke Pantai Bagan Lalang. Actually plan abi just nak bawa anak-anak main kat pantai. Tup-tup malam tu ummi cakap kalau ade hotel terus check-in. So pada sabtu lepas, bermula lah perjalanan kami ke Pantai Bagan Lalang.
So macam biasa lah. Bab Jalan, abi memang tak tahu. Google maps adalah rakan baik. Nak beli GPS tak beli-beli lagi. Nanti bila dah cukup duit baru beli satu.
Pengembaraan kami bermula dari KL. Bila check dengan pakcik google, jarak dia dalam 88km. So dengan gaya bersopan santun memandu kereta, gerak dlm pukul 9 camtu, sampai sana pukul 10.45.
Dah sampai sana, pertama sekali kami terus menuju ke hotel yang terdekat dengan pantai iaitu
Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang. Ade lagi yang dekat,
AVANI Sepang Goldcoast Resort tapi mahal (dalam RM450-500 per nite). Abi nak yang bese-bese je. Janji selesa.
Alhamdulillah, masa tanya kat receptionist tu dia kata ade kosong. Hampeh agoda, kata full ;). Abi pun tanya ade tak corporate rate untuk company abi. Takde! Huh. Then abi tanya company ummi plak, for sure la ade. Company besar. Bila tengok balik, corporate rate ni pun tak de lah murah mana. Hotel charge RM176 per nite.
Disebabkan chek-in pukul 3, kami pun merayap-rayap lah disekitar pantai bagan lalang. Pantai nya memang cantik but unfortunately time abi sekeluarga datang tu waktu air surut so tak merasa la nk basah-basahkan kaki dengan air laut.
 |
Dia punya surut punya jauh. Maybe dalam 500m macam tu. |
Sementara menunggu masa receptionist call untuk check-in, kami rehatkan diri di tepi pantai. Kawasan dia redup. Selesa. Udara pun nyaman.
 |
Cantik kan kawasan dia? SubhanaAllah |
Abi bentang tikar dan khemah untuk ummi dan anak-anak. Disebabkan adik fateh kecik lagi, abi bagi duduk dekat tikar je. Abang amin abi lepaskan biar dia berlari sepuas hati.
 |
Ummi dan adik fateh tengah kemas barang |
 |
Abang amin main bola & bus dia. |
 |
Abi kejar abang Amin. Serius penat! |
 |
Abang Amin main kambus-kambus car dalam pasir |
 |
Dah penat, makan eskem plak. |
Untuk mengetahuan, kat sini time tengah hari memang ramai penjual eskem. Eskem pasu pun ada. Tapi harga eskem kat penjual bermoto ni mahal. Serius.
 |
Time adik Fateh pulak main |
 |
Muka adik Fateh lapar nak makan |
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 12 hotel dah call suruh check-in. Takpe, perut pun dah lapar, kami lunch kat sekitar pantai je. Untuk cari makanan tak susuh kat sini sebab ada banyak gerai dan ada medan selera.
 |
Jalan-jalan cari makan |
Panyai-Bagan-Lalang-11Sini la kawasan medan selera tu. Betul-betul depan dia pantai
Kat medan selera ni abi order nasi ayam 2. Harga dia agak murah la tapi ingat berapa kesemuanya. Masakan pun boleh tahan sedap. Yang penting air milo dia “KAW”.
Siap-siap makan dalam pukul 1 macam tu, baru kami bergegas ke hotel. Jarak dari hotel ke pantai tersangatlah dekat. Kalau naik kereta tu 3 minit sampai.
Pros
- Pantai yang sangat halus & bersih
- Petugas hotel yang lembut dan ramah
- Banyak restoren ikan bakar
- Boleh tengok sunset yang sangat cantik
- Boleh check-in awal
- Hotel dekat dengan pantao
- Ada kemudahan sewa basikal, swimming pool, padang basketball, valleybal dan lain-lain
- Banyak parking
Cons
- Tak dapat tengok sunrise kt laut sebab ianya berlainan arah
- Pasir pantai dia sangat panas time tengah hari 😉
- Kat kawasan ni takde atm. So kalau takde cash, kena keluar ke pekan sg pelek. Dalam 15 minit.
- Suiz kat hotel tak berada dalam keadaan sempurna. Bahaya nak charge hp
- Makanan di hotel tak banyak pilihan dan kurang menyelerakan
- Wifi sangat slow. Tak pernah dapat
- Bilik air kecil
- Tiada safety box dan ice box
- Shower dekat swimming pool tak berfungsi
No comments: