Jumpers Land Melaka
Salam cuti-cuti Malaysia
Kali ni abi and umi bawa anak2 ke Jumpers Land Melaka. Plan awal nak ke Zoo Melaka, tapi bila tengok cuaca tak berapa nak cerah dan rujuk jabatan kaji cuaca, nampaknya tak berapa nak sesuai buat aktiviti outdoor untuk 2 day bercuti di Melaka.
So abi survey tempat2 menarik di sekitar The Shore Hotel & Residences and finally jumpa Jumpers Land ni. Kebetulan jarak tak berapa jauh dari hotel. Just 3.7 km je. So pagi tu siap2, lepas breakfast terus gerak ke Elements Mall Melaka.
Jumpers Land ni di level 3 ye. Bagi yang tak pernah datang ke sini mcm abi, mmg pening sikit nak jumpa Jumpers Land ni. Al maklumlah, Elements Mall Melaka ni agak baru. Kedai pon tak berapa banyak lagi. Kat level ni, just ade indoor game ni je.
Jumpers Land Melaka |
Jumpers Land ni di level 3 ye. Bagi yang tak pernah datang ke sini mcm abi, mmg pening sikit nak jumpa Jumpers Land ni. Al maklumlah, Elements Mall Melaka ni agak baru. Kedai pon tak berapa banyak lagi. Kat level ni, just ade indoor game ni je.
Kami sampai sini jam 1030. Memang takde orang lagi. So abi and umi bawak anak2 masuk. Anak2 memang puas hati la sebab Jumpers Land ni mereka yang punya! Hahaha Disebabkan abi and umi always plan bercuti hari bekerja, maka harga tiket opkos la lebih murah. Boleh rujuk gambar di bawah untuk harga tiket Jumpers Land Melaka.
Pandangan abi tentang Jumpers Land Melaka
Indoor Playground
Playground dalam ni memang banyak, besar dan bertingkat-tingkat. Kat dalam ni juga ada Jumpers Trampoline. Memang luas. Orang dewasa boleh masuk cuma tak boleh lompat. Ni paling sedeh!
Aircond memang superb. Berjam-jam kami kat Jumpers Land, cuaca dalam ni memang nyaman. Rasa macam nak tido
Trempoline |
Besar kan? |
Ada peti simpanan |
Luas sangat. Memang puas hati |
Lari puas-puas |
Block ni kalau main memang mengasyikkan |
Keselamatan
1 ruang masuk dan 1 ruang keluar. Pintu keluar masuk ni sentiasa dijaga. Sekeliling Jumpers Land ni berpagar. Lantai pun berspan. So memang nice. Barang-barang dalam indoor playground ni baru belaka. Takde bahagian bucu yang terkoyak. Tali-tali yang ada masih padat lagi. Even tiang-tiang yang ada pun dibalut dengan penyerap hentakan. Sedap untuk abi and umi bersandar.
Toilet
Toilet disediakan dalam Jumpers Land tapi masa kami datang tu, toilet masih dalam renovation. Tapi tak risau sangat pon sebab public toilet ade je kat luar. Dekat sangat dekat pintu masuk. Cuma leceh sebab kena pergi ke rak kasut, pakai kasut bagai.
Itu sahaja review untuk Jumpers Land Melaka. Semoga bermanfaat!
Nota:
Jangan lupa bawa stokin ye. Kalau tak bawa tak boleh masuk & kalau nak masuk kena beli la stokin. Ade di jual di kaunter.
Jumpers Land Melaka
Reviewed by Amir Arshad
on
11:45 AM
Rating:
No comments: