Bercuti di Casuarina@Meru
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Abi Review
Design hotel: 3 Stars
Kebersihan: 4 Stars
Makanan: 4 Stars
Perkhidmatan: 3 Stars
Entri 1st ni nak kongsi pengalaman abi sekeluarga ke Hotel Casuarina di Ipoh atau lebih dikenali sebagai Casuarina@Meru.
Tak plan sebenarnya nak ke ipoh. Tup-tup ummi cakap nak teman tok ayah dan tok mak hadiri majlis perkahwinan sepupu. Ummi terus booking hotel kat Agoda.com
Al-maklumlah, hujung minggu, cuti school plak kan. Definitely price hotel mana-mana pun mahal. Satu malam RM250 per room rasanya. Tapi ummi dah sponsor, abi follow je.
On that trip, ummi booked 2 room. 1 untuk kami dan 1 lagi untuk tok ayah dan tok mak.
So macam biasa, abi lah driver. Disebabkan abi pemandu berhemah, perjalan dari KL ke ipoh amik masa 3 jam setengah. Sebelom nak check in (2.00 pm), singgah ke Mydin Mall yang terletak just bersebelahan dengan hotel. Serius besar.
![]() |
Mydin Mall at Meru |
![]() |
Singgah jap di food court dalam Mydin Mall |
Besar dan selesa juga food court a.k.a Rasa Village ni. Time tu pulak orang memang agak ramai. So kami semua pakat-pakat makan apa yang ada je. Bukan ada nasi kandar je ye. Banyak lagi kedai lain cuma tak snap gambar (perut lapar hehe).
![]() |
Abang Amin & Adik Fateh tengah tunggu makanan |
Ngam-ngam pukul 2, kami pergi check in. Then suddenly receptionist cakap 1 room boleh check in, yang satu lagi tu lewat sikit. So bila cakap lewat sket, it's okey. We can wait. Tok ayah dan tok mak lepak dalam bilik kami dulu sementara nak tunggu bilik mereka siap. Finally after 2 hours waiting, baru dapat masuk.
Abi apa lagi, mintak untuk bilik yang lewat masuk tu check out lewat. Sepatutnya check out pukul 12. Dia bagi pukul 3. Sabo saje lah.
![]() |
Tempat menunggu a.k.a lobby hotel |
Risik punya risik patutla bukan main lama penghuni tu nak check out. Rupa-rupanya VVIP. Ada majlis apa ntah. Abi tak ambil peduli sangat tapi masa nak check in ada la nampak muka-muka menteri kat lobby. Maybe ni hotel milik kerajaan negeri, ada majlis mereka agaknya.
Malam pulak, ada event. Yuna buat performance. Receptionist cakap sultan tuanku Nazrin datang. Abi tak pasti tentang tu. Abi sampai hotel nak rehat je. hehehe
Secara umumnya, hotel ni bagi abi memuaskan. Ia nampak agak baru (bau cat pun masih ada). Susunan perabot, katil, design bilik air, keluasan boleh diterima. Agak selesa la nak duduk beberapa hari. Nah abi share beberapa gambar dalam bilik.
Cuma view dia kureng sket sebab al-maklumlah kawasan baru. Kiri kanan pun kawasan kedai banyak yang belum buka. View bilik abi pulak adalah tanah kosong yang sedang dibangunkan dan takde balkoni.
Dari hotel ni pun tak berapa jauh dengan bandar ipoh. Dalam beberapa minit je. Petang tu ade jugak la abi bawa jalan-jalan ke ipoh parade.
Perkara yang unik tentang hotel ni adalah lif dia. Kalau nak naik, mesti kena bawa kad access bilik. Contohnya kalau nak pergi tingkat 6, touch card dan tekan no 6. Kalau tak ada card, memang duduk je la dalam lift tu tak gerak-gerak. Kalau nak turun takde masalah walaupun tanpa card.
Tapi satu benda je yang abi frust pasal hotel ni. Takde swimming pool. Baru plan nak bawak abang amin dan adik fateh main kolam. Sorry ye my sons. Next trip abi cari tempat yang best.
Abi Review
Design hotel: 3 Stars
Kebersihan: 4 Stars
Makanan: 4 Stars
Perkhidmatan: 3 Stars
Bercuti di Casuarina@Meru
Reviewed by Amir Arshad
on
9:03 PM
Rating:

No comments: